Aktif - Rasional - Inovatif - Fantastik
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Sekali Klik, 10sen Dihitung
Jom Join - Klik Saje
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Guru dan Jasanya
Sun Jun 06, 2010 1:54 am by are_in

» Help pls
Thu Feb 18, 2010 1:05 pm by fiq_permai

» Perkahwinan Kakak Kepada Mohd Afiq @ Afiq Kodok
Mon Dec 14, 2009 2:46 pm by fiq_permai

» ade Facebook x??
Mon Dec 07, 2009 11:57 pm by fiq_permai

» ~~Jom Men Sambung2..~~
Sat Nov 28, 2009 12:57 pm by fiq_permai

» ~~LaTeS NeWs~~
Sat Nov 28, 2009 12:47 pm by fiq_permai

» Oya ftw`
Sat Nov 28, 2009 12:44 pm by fiq_permai

» Jgn Lupe Kenalkn Diri Korg
Sat Nov 28, 2009 12:42 pm by fiq_permai

» Perubahan
Sat Nov 28, 2009 12:39 pm by fiq_permai

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Share | 
 

 “KISAH HIKAYAT DUA SAHABAT”

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
eylla
Administrator
Administrator
avatar

Number of posts : 685
Age : 28
Location : sg petani, pee jay...
Registration date : 2008-04-23

PostSubject: “KISAH HIKAYAT DUA SAHABAT”   Sun Nov 16, 2008 5:08 am

Kisah ini bermula di sebuah bandar yang dipangil bandar suka hati yang terletak di dalam sebuah negeri yang dipanggil suka jantung yang terletak di sebuah kampong yang dipanggil suka ginjal. Maka,alkisah lahirlah dua sahabat sehati sejiwa yang dimana maknya melahirkan mereka di atas katil dalam sebuah hospital yang dipanggil suka muka. Kisahnya,dua orang sahabat ini ialah mereka amatlah rapatnya dorang berdua nie tapi taklah sampai rapat macam kembar siam atau kembar kemboja. Mesti korang rase pening-pening atau rase kurang terang dengan cerite ini. Tidak susah,pasanglah lampu supaya korang akan lebih terang apabila membaca kisah ini.

Berbalik kepada cerita yang ingin saya cerita,maka dua orang sahabat ini diberi name Mat Kilau dan Mat Silau. Maka apabila mereka sudah lapan belas tahun tiga bulan dua setengah hari,maka tercetuslah idea dalam kepala otak si Mat Kilau.
Kata Mat Kilau "Hamba rasa lebih baik adanya jikalau kita berdua pergi merantau dan bukannya merayau"
Tanya si Mat Silau pula." Apakah maksudnya tuan hamba!Bukankah selama seumur hidup kita sudah puas kita merayau dan kini tuan hamba ingin merantau pula?"
Kata Mat Kilau "Tidakkah tuan hamba merasa bosan dengan hidup kita yang asyik merayau"
Jawab Si Mat Silau "Kalau diikutkan benak hati ini memang la hamba merasa bosan tetapi ke manakah kita mahu merantau jikalau bukan di kawasan kampong kita ini?"
Mat Kilau pun mengutarakan pandanganya bukannya Mat Kilau pandang ke Utara. "
Hamba rasa adalah patut jikalau kita merantau ke kampong sebelah" kata Mat Kilau.
"Kampong yang mana satukah maksudnya tuan hamba ini! Tambahan pula di sebelah kampong kita ada banyak kampong lain!" kata Mat Silau.
" Adapun patut hamba rasa ada baik kita pergi merantau ke kampong seberang yang dipanggil Kampong Batu Kapur itu. Dengar khabar kampong itu sungguh terkenal dengan ukiran batu kapurnya."
"Jikalau begitu maksud tuan hamba, maka dengan rela hatinya hamba rasa ingn mengikut sekali tuan hamba" kata Mat Silau.

Maka dua orang sahabat ini pun berjanji akan berjumpa di sini tempat korang baca cerita ini pada besok harinya. Akibatnya, pada malam sehari sebelum merantau, hati mereka asyik terpikir-pikirkan bagaimanakah agaknya perjalanan mereka nanti sehingga susah nak tidur. Oleh itu, pada besok hari, tepat sahaja ayam berkokok, masih tidak kelihatan muka Mat Kilau ataupun Mat Silau. Selepas setengah jam matahari, barulah nampak lubang hidung mereka yang besar. Tu baru nampak lubang hidung belum nampak muka diaorang lagi. Kalau korang nak tau macam mana muka mereka cuba korang tengok cermin. Berbalik kepada cerita, maka berbalahlah mereka berdua diantara satu sama lain disebabkan kelewatan masing-masing. Jesteru untuk meneruskan tujuan mereka, mereka meneruskan perjalanan mereka tanpa penyelesaian siapakah yang datang lambat sebenarnya.

Seterusnya semasa dalam perjalanan, mereka bertembung dengan simpang dua. Mat Kilau mencadangkan bahawa lebih baik mengikut lorong kanan. Mat Silau pula mencadangkan agar mereka mengikut lorong kiri. maka bertempiklah mereka mengatakan cadangan sendiri lebih baik. Maka dipendekkan cerita walaupun cerita ni dah panjang, Mat Silau memenangi perbalahan tersebut. Maka diaorang berdua pun mengikut lorong kiri. Jalan punya jalan punya jalan hari pun sudah gelap. Berhentilah mereka berdua untuk merehatkan otak. Timbullah perdebatan di antara mereka berdua sama ada hendak tidur di kawasan bukit atau tepi sungai. Maka pada kali ini Mat Kilau pula memenangi perdebatan mereka. Tidurlah mereka di tepi sungai pada malam itu. Pada besok hari, selepas subuh mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka bertemu seekor binatang yang dipanggil harimau. Terkejutlah mereka berdua. Namun pada masa itu Mat Kilau berkata.
"Oooo, ini TENUK!". Namun begitu, lain pula Mat Silau.
"Bukan, inilah binatang yang dipanggil TAPIR."
Maka pada masa mereka brgaduh, matilah mereka ditelan hidup-hidup oleh harimau tersebut. Kesimpulannya matilah mereka berdua dalam keadaan BANGANG yang tak sudah disebabkan selalu berbalah.


hasil nurkilan mamat

_________________
Back to top Go down
View user profile http://5arifcrew.nice-forum.net
 
“KISAH HIKAYAT DUA SAHABAT”
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
5 Arif Crew Official Forum :: Karya Dan Hasil Nukilan :: Karya Kreatif-
Jump to: